Apa Itu Extrovert?

Jika sebelum ini kita membincangkan tentang Apa Itu Introvert, kali ini kita akan sambung lagi topik kita dan membincangkan pula tentang Extrovert.

Apa itu extrovert?

Extrovert adalah seseorang yang lebih bertenaga melalui interaksi sosial dan persekitaran luar. Mereka cenderung aktif mencari pengalaman sosial dan lebih responsif terhadap rangsangan luaran.

Menurut Model Big Five (OCEAN), extrovert adalah mereka yang mempunyai tahap tinggi dalam ciri "Extraversion", yang bermaksud mereka ini cenderung untuk bersosial dan berinteraksi secara aktif dengan dunia luar.

Individu extrovert boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti:

  • Mendapat tenaga daripada interaksi sosial
  • Lebih selesa berbincang secara spontan dan lisan
  • Memproses maklumat sambil berkomunikasi dengan orang lain

Contoh situasi yang menggambarkan extrovert adalah seperti:

  • Seorang extrovert mungkin lebih produktif bekerja di kawasan pejabat terbuka yang interaktif
  • Seorang extrovert mungkin lebih cenderung memilih aktiviti berkumpulan seperti brainstorming atau kerja pasukan.
  • Seorang extrovert lebih mudah memulakan perbualan dalam majlis sosial yang besar.

Akhir Kata

Majoriti mereka di luar sana adalah mereka dengan ciri extrovert. Sama seperti introvert, ciri extrovert adalah spektrum normal dalam personaliti manusia yang di iktiraf secara saintifik dalam bidang psikologi moden.

Memahami kecenderungan ini membantu kita menghormati perbezaan individu.