Apa Itu Introvert?

Mungkin anda pernah mendengar perkataan Introvert. Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan introvert?

Apa itu introvert?

Introvert adalah seseorang yang lebih selesa dalam persekitaran yang kecil dan tenang. Mereka lebih fokus pada pemikiran dalaman mereka sendiri berbanding rangsangan luar.

Menurut Model Big Five (OCEAN), introvert adalah individu yang mempunyai tahap tinggi dalam ciri "Introversion", yang bermaksud mereka ini lebih suka bersendiri dan kurang aktif dalam situasi sosial.

Individu introvert boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti:

  • Lebih mendapat tenaga daripada aktiviti bersendiri
  • Lebih selesa dengan interaksi bermakna dan mendalam
  • Memproses maklumat secara internal sebelum memberi respon

Contoh situasi yang menggambatkan introvert adalah seperti:

  • Seorang introvert mungkin akan lebih produktif bekerja dari rumah berbanding bekerja di pejabat yang terbuka dan bising.

  • Seorang introvert mungkin lebih suka menyelesaikan tugas secara bersendiri berbanding dalam kerjasama besar.

  • Seorang introvert mungkin juga lebih selesa dalam mesyuarat kecil berbanding mesyuarat yang melibatkan banyak orang

Akhir Kata

Walaupun individu introvert sering disalahfaham, ciri introvert itu sendiri bukanlah satu label negatif. Introvert adalah ciri personaliti yang diiktiraf secara saintifik dalam bidang psikologi moden.

Dengan memahami ciri ini, kita boleh menghargai keunikan setiap individu.